ARKIB : 04/04/2001
PULAU Pinang mencatatkan
kemenangan pertama dalam saingan bola sepak Liga Perdana Satu setelah
menewaskan Kuala Lumpur 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.
Dengan kemenangan itu, Pulau
Pinang yang seri 1-1 menentang Selangor pada perlawanan pertama sebelum ini,
mengutip empat mata manakala kekalahan semalam merupakan yang kedua buat Kuala
Lumpur setelah tumpas 0-1 kepada Perlis Sabtu lepas.
Hujan lebat sebelum permainan
bermula menyaksikan aksi hambar kedua-dua pasukan dengan hanya beberapa gerakan
menarik pada babak pertama permainan.
Pada minit ke-21, Pulau Pinang
berjaya menghasilkan gol menerusi tandukan Moey Kok Hong hasil sepakan sudut Ng
Kok Heng.
Di Stadium Perak, pasukan tuan
rumah, Perak yang berdepan masalah kecederaan beberapa pemain utama kembali
menebus maruah atas kekalahan memalukan pada Piala Sumbangsih dengan menjadikan
Melaka mangsa kebangkitan mereka menerusi kemenangan 3-1.
Tanpa pemain seperti Azrul Amri
Burhan, V. Saravanan dan Khalid Jamlus yang masih digantung, Perak hanya dapat
mengharapkan kepada Norizam Ali Hassan untuk memperoleh gol menerusi penalti
pada minit ke-13, P. Gunasekaran pada minit ke-58 dan Liew Kit Kong pada minit
ke-73.
Gol tunggal Melaka dijaringkan
Mohd. Faizal Esahar pada minit ke-61.
Begitu pun, Melaka yang turun
untuk menebus kekalahan mereka dalam Piala FA kepada Perak, tampak goyah di
awal permainan yang menyaksikan tuan rumah lebih banyak mengasak.
Padang basah serta satu daripada
empat lampu limpah stadium yang tidak berfungsi bagai membataskan pergerakan
pemain kedua-dua pasukan sehinggalah Perak lebih dulu memecah kebuntuan.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4bZpfancD
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan