ARKIB : 10/05/1998
KL semakin tertekan
PULAU PINANG meneruskan
kecemerlangannya apabila menewaskan Kuala Lumpur, 2-1 dalam perlawanan Perdana
Satu di Stadium Bandaraya, malam tadi.
Jelas sekali, kemenangan lalu
yang menyaksikan Pulau Pinang mengatasi Brunei, 3-1 menjadi penyemarak pasukan
ini untuk memburu kemenangan di gelanggang sendiri, walaupun mempamerkan
persembahan hambar pada awal permainan.
Di hadapan 10,000 penonton
Pulau Pinang memperoleh dua jaringan menerusi Balla Modou Conde pada minit
ke-60 dan Domi Che Non pada minit ke-77, manakala jaringan Kuala Lumpur pula
menerusi Abu Bakar Balarabe pada minit ke-47.
Permulaan babak pertama
langsung tidak menyajikan aksi berbahaya daripada kedua-dua pasukan yang
terlalu berhati-hati menyusun gerakan.
Begitu juga babak kedua yang
menyaksikan KL terlebih dahulu mengasak PP, namun rembatan K. Nanthakumar
ditepis penjaga gol Ahmad Sobri Ismail pada minit ke-46.
Ternyata petanda kemaraan Kuala
Lumpur sukar dibendung lagi apabila pemain import Abu Bakar melakuakan sepakan
leret dari jarak 25 meter yang terus masuk ke penjuru gawang Pulau Pinang
seminit kemudian.
Akhirnya, Pulau Pinang kembali
ceria tolakan Merzagua terus dirembat Balla Conde menyaksikan penjaga gol Azmin
Azram Aziz tertewas pada minit ke-60.
Walaupun PP kehilangan Moey Kok
Hong yang diperintah buang padang oleh pengadil, Nik Ahmad Yaakob selepas
mengutip dua kad kuning, PP tetap mempamerkan gerakan lebih konsisten.
Merzagua sekali lagi membuka
ruang kepada PP apabila hantarannya disepak masuk pemain gantian, Domi pada
minit ke-77 untuk PP mendahului 2-1.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_07.htm#ixzz4JNZkLQYh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan