ARKIB : 12/04/1998
HASRAT Kuala Lumpur untuk
mencari kemenangan sulung tidak kesampaian apabila hanya mampu seri 1-1 dengan
Negeri Sembilan pada perlawanan Perdana Satu di Stadium Bola Sepak Kuala
Lumpur, malam tadi, lapor BAKARUDIN BUSU.
Keputusan itu ternyata memberi
kelegaan kepada pasukan pelawat kerana Kuala Lumpur benar-benar mengasak untuk
menambah gol terutama pada minit-minit terakhir perlawanan.
Gol Kuala Lumpur dijaringkan
oleh K. Nanthakumar minit ke-19 sebelum Affendi Julaihi menyamakan kedudukan
pada minit ke-36.
Kedua pasukan memulakan
permainan dengan berhati-hati kerana padang basah akibat hujan turun dengan
lebat sebelum perlawanan bermula.
Rentak permainan bagaimanapun
seimbang dengan masing-masing masih mencari arah haluan sebelum mengatur
gerakan ke gawang lawan.
Kuala Lumpur mengharapkan
kemenangan sulung selepas kalah 0-1 kepada Kedah dalam perlawanan pertama
mempamerkan gerakan menyakinkan selepas 10 minit perlawanan.
K. Nanthakumar menceriakan
skuad warga kota apabila berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-19
dengan membuat rembatan cantik dari jarak 30 meter.
Bekas penyerang Sabah, Scott
Olleranshaw hampir sahaja menyamakan kedudukan tetapi rembatannya dari dalam
kotak penalti ditepis oleh Azmin Azram pada minit ke-23.
Usaha Negeri Sembilan untuk
mendapatkan gol penyamaan berhasil menerusi gerakan solo Affendi Julaihi pada
minit ke-36.
Kuala Lumpur melepaskan dua
peluang terbaik menambah gol apabila Ogusanya dan Malam Abubakar mensia-
siakannya pada minit ke-49 dan 55.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_07.htm#ixzz4Gv82zdfy
© Utusan Melayu (M) Bhd