PERTEMBUNGAN
Pulau Pinang dan Kuala Lumpur esok ibarat final Liga Perdana.
Oleh
Norzie Mohamed Khasbi
17
September 2020, 8:46 pm
KUALA
LUMPR: Pertembungan dua pasukan teratas, Pulau Pinang dan Kuala
Lumpur di Stadium Bandaraya esok ibarat final Liga Perdana dengan
tiga mata bakal meletakkan pemenang berada dalam keadaan selesa
bergelar juara.
Berbekalkan
rekod tanpa kalah yang dimiliki kedua-dua pasukan selepas tujuh
perlawanan, sudah pasti aksi Pulau Pinang dan Kuala Lumpur akan
berlangsung dengan penuh sengit serta sukar diramal.
Ketua
Jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira tidak menafikan banyak elemen
menarik bakal terjadi apabila skuad kendaliannya melayani kunjungan
Kuala Lumpur di laman sendiri sambil menghormati kekuatan lawan yang
dianggap punyai kualiti setanding pasukan CIMB Liga Super.
Namun
itu tidak bermakna Manzoor gentar dengan keupayaan dimiliki skuad
bimbingan Nidzam Adzha Yusoff ini sebaliknya skuad Harimau Kumbang
sudah bersedia dengan perancangan tersendiri bagi menjerat Kuala
Lumpur.
“Kuala
Lumpur ini sebenarnya pasukan setaraf Liga Super jika melihat kualiti
serta pemain yang ada pada mereka tetapi kami akan berjuang
habis-habisan dalam mendapat tiga mata berharga.
“Kemenangan
ini bukan sahaja meletakkan kami semakin hampir dapatkan slot ke Liga
Super malah meletakkan dalam kedudukan baik bergelar juara Liga
Premier.
“Saya
juga semakin gembira banyak peningkatan ditunjukkan pasukan terutama
sejak kehadiran Lee Chang-hoon yang boleh bermain dalam dua
perlawanan lalu kerana banyak membantu Endrick dan Casagrade di
bahagian atas,” katanya.
Dalam
masa sama, Manzoor juga mahu memburu kemenangan sebagai tanda terima
kasih kepada penyokong-penyokong setia Pulau Pinang yang tidak pernah
jemu di belakang pasukan.
Malah
yang membuatnya beliau terharu adalah sambutan penyokong-penyokong
Pulau Pinang yang sanggup datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Pulau Pinang pada minggu lalu bagi meraikan pemain dan pegawai
selepas menang dengan Johor DT II di Larkin.
“Memang
saya berasa sedih juga penyokong tidak boleh hadir ke Bandaraya pada
Sabtu ini untuk berikan sokongan kerana jika dilihat di media sosial,
begitu banyak sekali komen penyokong terhadap kami.
“Jika
kami berjaya mendapatkan kemenangan dengan Kuala Lumpur, saya mahu
hadiahkan tiga mata ini kepada penyokong dan tidak boleh dilupakan
ada antara mereka berkorban masa serta tenaga untuk datang ke
lapangan terbang bertemu dengan kami, sebelum ini,” katanya.
Sementara
itu, pertahanan berpengalaman Kuala Lumpur, Shukor Adan, tidak mahu
rakan-rakannya terlalu tertekan mahu mencari kemenangan sebaliknya
fokus hanya untuk mengelakkan kekalahan kepada Pulau Pinang.
Jika
mereka berjaya mendapatkan pulang satu mata, ia sudah mencukupi
kepada Kuala Lumpur bagi memastikan saingan masih terbuka kepada
kedua-dua pasukan memburu kejuaraan Liga Premier.
“Paling
utama selepas perlawanan di sana, kita mesti cuba membawa sebarang
mata namun melihat kepada prestasi mutakhir Pulau Pinang dalam
beberapa perlawanan sebelum ini, memang kami tidak boleh ambil mudah
perlawanan ini.
“Kekuatan
Pulau Pinang memang terletak kepada pemain importnya yang telah
bermain di Liga Super dan apabila mereka di Liga Pemier, itu tidak
memberikan mereka banyak masalah untuk beraksi dengan baik.
“Selain
itu, pemain tempatan Pulau Pinang juga ramai yang saya kenali dan
mereka semuanya berkualiti serta berpengalaman, jadi kombinasi ini
antara ramuan yang menjadikan mereka sebuah pasukan yang wajar
dihormati,“ katanya.
Lain-lain
perlawanan yang berlangsung pada minggu ini ialah membabitkan Sarawak
United FC dan Kelantan United FC di Stadium Negeri pada Jumaat
manakala Perak II pada Sabtu, melayani kunjungan Negeri Sembilan di
Stadium Majlis Perbandaran Manjung.
Pada
Ahad, pasukan di tangga ketiga, Terengganu FC II menentang UKM FC di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu manakala
Selangor II berdepan JDT II di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
selain Kuching FA dan Kelantan di Stadium Negeri, Kuching.SUMBER-UM
ONLINE